Hari ini aku buat blog baru khas untuk warga Maplegold, Prima Saujana. Blog yang berkisar tentang kehidupan penduduk republik Maplegold.
Maplegold telah dihuni mulai awal tahun 2005. Penduduk yang mula-mula meneroka Maplegold iaitu anak melayu pertama ialah Tuan besar Jamaluddin Ahmad a.k.a. Tuan Besar. Kemudian diikuti oleh Tuan Rosli dan yang ketiganya saya ler tu.
Wajah anak-anak Maplegoldians di salah satu majlis kesyukuran penduduk.
Penduduk Maplegold mempunyai banyak aktiviti bersama antarnya ialah Kelab Futsal, Kelab Basikal dan Kelab Memancing. Di samping itu hampir setiap bulan diadakan keramaian atau kenduri kesyukuran di kalangan penduduk.
Kini kurang lebih sudah empat tahun penduduk Maplegold tinggal bersama dengan macam-macam kisah suka duka. Semoga persahabatan yang terjalin sekarang terus erat hingga bila-bila.
saya rasa setakat ni maplegoldian the best
BalasPadamapa yang saya maksudkan adalah jiran jiran maplegold setakat ini adalah yang terbaik yang pernah saya jumpa dimukabumi ini. semuga usaha kita semua mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita. kalau boleh jangan ada sesiapa pun yang berpindah dari sini.
BalasPadam