PrimaGatih

Rabu, 29 April 2009

Selasa, 21 April 2009

Futsal Club

Maplegold FC ditubuhkan pada Nov 2006. Games pertama diadakan di Aktif Futsal Bangi. Pada sesi pertama itu hanya 7 pemain hadir termasuk Tuan Rosli dan aku. Pemain lain aku dah tak berapa ingat. Sekarang aktiviti futsal ini sudah hampir berusia 3 tahun dan sekarang berpusat di Sport Planet Kajang.


Pemain Maplegold FC sedang meraikan Tuan Sham yang akan bertolak ke Libya di ruam Tuan Ipin.

Sabtu, 18 April 2009

First Touch

Hari ini 18 April tahun gajah (2009). Betul ke tahun ni tahun gajah. Entah ler. Lupa nak tanya gajah. Kata orang kalau nak mandi dengan gajah, pergi Kuala Gandah, Pahang.

Hari ini aku buat blog baru khas untuk warga Maplegold, Prima Saujana. Blog yang berkisar tentang kehidupan penduduk republik Maplegold.

Maplegold telah dihuni mulai awal tahun 2005. Penduduk yang mula-mula meneroka Maplegold iaitu anak melayu pertama ialah Tuan besar Jamaluddin Ahmad a.k.a. Tuan Besar. Kemudian diikuti oleh Tuan Rosli dan yang ketiganya saya ler tu.


Wajah anak-anak Maplegoldians di salah satu majlis kesyukuran penduduk.

Penduduk Maplegold mempunyai banyak aktiviti bersama antarnya ialah Kelab Futsal, Kelab Basikal dan Kelab Memancing. Di samping itu hampir setiap bulan diadakan keramaian atau kenduri kesyukuran di kalangan penduduk.

Kini kurang lebih sudah empat tahun penduduk Maplegold tinggal bersama dengan macam-macam kisah suka duka. Semoga persahabatan yang terjalin sekarang terus erat hingga bila-bila.