PrimaGatih

Sabtu, 17 Oktober 2009

Rumah Terbuka Maplegold 2009

Warga Maplegold begitu giat mengadakan rumah terbuka pada sepanjang Syawal 2009. Jemputan rumah terbuka silih berganti. Tahun ini upacara pecah rumah untuk open house dimulakan oleh Ustaz Suhaimi Ismail. Pada satu malam  yang indah pada 01 Otober 2009 (malam Jumaat), kami mendapat notis singkat untuk menghadiri rumah terbuka ini. Maka berduyun-duyunlah warga Maplegold menyerbu rumah Ustaz Suhaimi untuk makan free.


Tuan Suhaimi sedang melayan tetamu. Mehon sup yang disajikan memang terangkat.

Akibat daripada rumah ini sudah terbuka, maka ianya berjangkit ke rumah Tuan Nata pada malam berikutnya.



Tuan Nata sedang melayan hadirin. Open house paling sempoi. Kelihatan juga Tuan Usop (berbaju Oren) yang mengadakan open house pada malam berikutnya. Tiada gambar di rumah Tuan Usop kerana masalah teknikal. Tuan Usop ialah warga terbaru maplegold. Baru mendapat kerakyatan Maplegold dua bulan lepas.

 
Rumah Terbuka rumah Tuan Sham. Alas meja kotak-kotak hijau. Rumah tuan Sham dapat anugerah "best hot drinks". Best!


Rumah terbuka Tuan Besar Jamal. Alas meja hijau-hijau kotak. Gambar ini diambil ketiga pusingan makan yang ke-13. Meehon supnya superb.

Rumah Terbuka Abang Man Polis - Makan Tengahari 17 Okt 2009. Makanan yang disajikan banyak gila.


Rumah Kamarul - 7 Oktober - Makan Malam. Late comers.


Host rumah terbuka Tuan Sham dan Tuan Iby . Gambar rumah terbuka Tuan Iby tidak dapat disiarkan kerana masalah teknikal. Tuan Iby mengadakan rumah terbuka pada 03 Okt 2009 (kalau tak silap).
Gambar rumah terbuka Tuan Riduan juga tidak dapat disiarkan kerana jurugambar bertugas di luar kawasan pada ketika itu.




Bahasa yang digunakan pada kali ini tidak menepati piawaian BMT.